Sabtu, September 05, 2009

Tazkirah + Muhasabah diri

Jam menunjukkan 12.30 malam,entah kenapa mata ini masih belum mahu tertutup.Sepertimana sahabatku Ismail Ann yang terkenal dengan slogannya "dunia semua ni".Yang pastinya hal dunia juga menyebabkan aku sukar untuk melelapkan mata.Sebab punca dari dunialah yang akan membawa kita kealam akhirat.
Hobi baru iaitu berbloggerlah yang menyebabkan aku menggunakan kaedah ini sebagai satu cara untuk melelapkan mata selain dari itu kaedah yang terbaik ialah baca Al Quran,confirm dapat tidur cepat(selamat mencuba kaedah membaca al Quran ini). Aku sekadar cuba mengingati apa yang ditazkirah oleh Ustaz selepas solat tarawih tadi antara katanya, tiada faedahnya berhari raya jika tidak berpuasa, tiada faedahnya berpuasa jika tidak sembahyang. Berpuasa itu sesungguhnya mampu memperbaiki diri kita menjadi makhluk yang lebih baik lagi berbanding dulu. Sebenarnya banyak yang diperkatakan dalam tazkirah tersebut, tapi maklumlah bila jadi makmum ini faham-faham sajalah.
Tapi yang menariknya ada satu pesanan yang disampaikan khusus untuk orang wanita, jangan membazir apabila berhariraya sebab membazir dihari raya atau sebelum menyambut hari raya bukanlah tuntutan agama.Katanya lagi jangan sampai berhutang apabila nak menyambut hari raya, takut-takut nanti lepas 3 hari raya,dapat penyakit letih(letih nak bayar hutang). jadi beraya ala kadar sahaja,bukannya langsir baru yang akan dihisab oleh Allah, tapi adakah amalan harian ketika berpuasa itu mengikut Al Quran dan Sunnah. Ada juga dinyatakan dalam tazkirah tadi Al Quran itu bukan hanya sekadar dibaca, tapi difahami maksudnya,difahami tafsirannya dan juga dilaksanakan suruhanNya.Selamat berpuasa,Jumpa lagi.Tamat 1.00 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan