Jumaat, September 04, 2009

Pak Mansor

Bismillahirrahmanirrahim. Asalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka bicara.
Pertama-tamanya bersyukur aku dan keluargaku pada Allah yang diberikan kekuatan untuk terus menyelesuri kehidupan ini. Berterimakasih aku pada sifu Basri bin Hamzah, kerana sudi memberi tunjuk ajar sebagai seorang Blogger. Banyak yang perlu dipelajari namun itu biasa dalam hal menuntut ilmu. Kadangkala lucu rasanya bila memikirkan bagaimana tergeraknya hati ini untuk berblogger. Namun itu semua telah ditakdirkan justeru ia adalah satu cabaran untuk saya terus berblogger selagi mampu.
Pak Mansor ayahku dilahirkan pada tahun 1944,setahun sebelum Jepun keluar dari Tanah Melayu ketika itu(sekarang Malaysia).Anak kedua dari pasangan Haji Samat dan Hajjah Che Ni(kedua-dua sudah meninggal dunia).Dilahirkan di Kampung Bukit Cempedak,Bukit Gantang,Taiping.Berpendidikan sehingga tingkatan 3 diSM King Edward,Taiping. Berasal dalam keluarga petani. Ayahku berbangsa Melayu Pattani.Kemudiannya memohon perkhidmatan tentera dan diterima sebagai anggota tentera Kor Jurutera Diraja,berkhidmat dari tahun 1964 dan mengakhiri perkhidmatan dalam tentera pada tahun 1985.Bersara wajib setelah berkhidmat selama 21 tahun.
Sekarang ayahku berusia 64 tahun. Syukur kepada Allah beliau masih sihat lagi pada usia tersebut. Walaupun baru-baru ini beliau mengalami kecelakaan dijalanraya, namun beliau semakin beransur sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan